Pernahkah kita terfikir duit baki dalam akaun bank yang telah ditinggalkan terlalu lama boleh dituntut? Mungkin ada yang menyangka duit itu lesap dan tidak boleh menjadi milik kita kerana akaun bank itu telah pun ditutup berkurun lama.
Photo by CEphoto, Uwe Aranas
Anda pasti terkejut dengan perkongsian Idah basri ini apabila beliau mendedahkan tentang baki wang anda tinggalkan dalam akaun bank yang telah ditutup masih lagi boleh dituntut.
Lebih menarik, beliau turut mendapatkan kembali wang miliknya menerusi akaun lama berjumlah RM14,000. Anda pasti terkejut, banyaknya, macam tak percaya.
Bagaimana cara untuk menuntut semula baki dalam akaun bank?
Salam semua. Nak beritahu, kalau ada sesiapa yang akaun-akaun bank lamanya yang sudah terbiar atau tutup tetapi masih ada duit di dalamnya, sebenarnya anda boleh tuntut semula wang tersebut. Walaupun jumlahnya RM20 RM30, pihak bank akan pulangkan kepada kita. Cuma perlu bawa kad pengenalan ke Pejabat Pendaftar Wang tak dituntut di tingkat 42 Menara Maybank.
Kalau tidak pasti, cuma bagi saja kad pengenalan anda pada pihak bank untuk buat semakan dan anda akan dimaklumkan ada wang untuk dituntut atau tidak. Jika ada, anda perlu mengisi borang seperti yang diarahkan.
Saya tidak pasti yang saya dapat itu duit apa. Setahu saya duit dari Citibank (kad kredit) dan ada diantaranya duit dari syarikat insurans.
Saya selama ini tidak sedar pun syarikat insurans ada memindahkan wang ke dalam akaun bank saya. Sedangkan akaun bank itu sudah tutup sekian lama.
Pergilah periksa akaun bank lama anda. Kena rajin dan usaha sedikit sahaja. Seperti yang saya lakukan, saya dapat RM14,000!
Tips ringkas kalau nak cepat hantar borang tuntutan untuk menuntut wang di bawah RM100:
1. Buat salinan fotokopi kad pengenalan bahagian depan dan belakang.
2. Buat salinan laman pertama akaun bank anda (jika anda mahu wang yang dituntut itu terus dimasukkan ke dalam akaun bank yang aktif). Dengan melakukan ini, anda tidak perlu pergi ke Kaunter 22.
3. Bawa kad pengenalan dan buku bank (to confirm active under number two above).
4. Isi borang akaun bank yang mahu dituntut.
Baca selanjutnya…………………
GADIS INI KONGSI CARA MAIN “KUTU” UNTUK DIRI SENDIRI MELALUI MAYBANK
SIMPANAN “KUTU” DIRI SENDIRI
Selalunya bila terima gaji, masyarakat kita amat sukar menyimpan. Ada saja bayaran atau hutang yang perlu dilangsaikan. Niat mahu menyimpan sudah ada, namun selalu tergendala dek masalah kewangan yang tidak teratur. Kadang-kadang bila sudah berjaya menyimpan, terpaksa keluarkan simpanan untuk dibelanjakan.
Jadi, bagaimana caranya nak menyimpan dengan lebih berdisiplin dan selamat? Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Maybank menyediakan kemudahan untuk penggunanya menyimpan wang secara potongan bulanan yang ditetapkan secara online. Menarik bukan? Ibarat bermain ‘kutu’ dengan diri sendiri, lebih selamat dan bila tiba tempohnya, pasti akan dapat.
FLEXI SAVER PLAN
Salah satu cara saya menyimpan ialah dengan Flexi Saver Plan. Contohnya, ligat nak bayar lumpsum untuk bayar road tax kereta, kenapa tak cuba cara ini?
Sebagai contoh, saya simpan RM100 sebulan selama 12 bulan untuk bayar road tax kereta bulan Mei 2017 akan datang. Saya sudah mula menyimpan dengan Flexi Saver ini sejak bulan Mei 2016.
Jadi setiap bulan, RM100 akan ditolak dari akaun bank saya pada 2 haribulan. InshaAllah pada 2 Mei 2017 nanti, RM1200 akan masuk semula dalam akaun. Maka dengan duit itu saya boleh bayar road tax kereta tanpa sebarang masalah.
Berikut adalah caranya (boleh juga rujuk gambar di bawah artikel ini)
Login akaun Maybank anda seperti biasa
Klik pada Accounts & Banking
Klik Personal Saver Account
Di sebelah kanan, klik pada Setup Flexi Saver Plan
Anda boleh pilih dari 12 bulan ke 60 bulan mengikut keperluan masing-masing
Tujuan? Pilih mengikut pilihan yang sedia ada
Pilih tarikh yang anda sendiri kehendaki duit ditolak dari akaun bank anda setiap bulan
LIHAT CONTOH DI BAWAH
Disember 2015 : RM150/bulan (12 bulan)
Setiap 30 haribulan setiap bulan bermula dari Disember 2015, RM150 dalam akaun akan ditolak secara automatik dan 30 Disember 2016, duit masuk semula ke dalam akaun. RM150 x 12 = RM1,800
Pastikan setiap 30 haribulan dalam akaun cukup RM150 untuk ditolak.
Duit ini tidak akan muncul dalam baki akaun anda sehingga tiba tarikh matangnya. Maksudnya duit itu pihak bank sudah siap letak tepi. Jadi, anda tidak perlu risau untuk berbelanja menggunakan wang yang ada dalam akaun bank kerana simpanan tersebut telah diasingkan.
Semoga tips ini dapat membantu anda menyimpan.
Nota Kaki:
Kalau belum ada lagi akaun Maybank, cakap nak buka akaun Personal Saver. Initial RM10. Baki minimun RM1. Then baru boleh guna Flexi Saver Plan. Kalau dah ada (yang “Kawanku” atau tengok kat M2U takde function ni), pergi ke Maybank untuk convert je yang ada sekarang ke Personal Saver.Baca lagi kat sini : http://ift.tt/2wQfZH1
Kredit :
– Norlaila Ahmad
– SisiAzie Hassan
sumber: mynewsviral.com
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments