Sepandai pandai tupai melompat, pada akhirnya jatuh ke tanah juga, cinta terlarang yang dibungkus rapi oleh Wani 25 selama setahun akhirnya terbongkar juga.
Hanya kerana kesepian Wani gelap mata menjalin hubungan cinta dengan bekas kekasihnya hingga pada akhinya mengundang tragedi.
Wani ditemukan maut di rumahnya pada 16-17 di Tebing Tinggi Medan dengan leher hampir putus dipercayai disembelih oleh suaminya Anwar 30.
Menurut anwar yang ditahan semalam,sejak mereka memiliki bayi pertama,dia meminta isteri untuk berhenti bekerja dan mengurus anak mereka.
Semenjak daripada itu,isteri kerap melayan laman media sosial facebook hingga bertemu dengan bekas kekasihnya.
Hubungan mereka semakin hari semakin rapat hingga beberapa kali berjumpa secara senyap-senyap.
Anwar yang bekerja dari pagi hingga petang di jadikan sebagai kesempatan oleh wani untuk menjalin cinta dengan bekas kekasihnya itu.
Bagaimanapun hubungan mereka dicium oleh anwar apabila dia melihat mesej-mesej isterinya dengan lelaki itu,sejak daripada itu anwar mulai menyelidik hingga mendapatkan beberapa bukti.
Hingga pada malam kejadian,kira-kira jam 2.30 anwar mendengar iterinya mengigau kesedapan menyebut nama lelaki lain.
Berang dengan hal tersebut,anwar mengambil pisau dapur dan menyembelih isterinya hingga meninggal dunia.
Pada keesokan harinya anwar menyerahkan diri dibalai polis dan mengaku telah membunuh isterinya.
Bagaimanapun pihak polis AKP Mohd.Hamid yang mengerah petugas kelokasi menerima laporan bahwa adanya mayat seperti mana yang dilaporkan oleh anwar.
Sumber: Eberita
Baca selanjutnya………….
Gadis 19 Tahun Ini Berjaya Melelong Daranya Pada Harga Lebih RM12 Juta Kepada Ahli Perniagaan Dari Abu Dhabi
Seorang gadis berusia 19 tahun yang berasal dari Amerika Syarikat telah mencetuskan kontroversi apabila dia mendakwa yang dia telah berjaya menjual daranya kepada seorang ahli perniagaan dari Abu Dhabi dengan harga melebih RM12 juta.
Gadis yang dikenali sebagai Giselle ini dikatakan telah berjaya menemui ‘pembelinya’ setelah dia menggunakan perkhidmatan Cinderella Escorts, sebuah laman web Jerman.
Cinderella Escorts ini merupakan sebuah platform yang terkenal kerana ianya memboleh gadis-gadis muda untuk menjual keperawanan mereka kepada lelaki-lelaki yang kaya di serata dunia.
Menurut Giselle, ianya seperti sebuah mimpi menjadi kenyataan setelah berjaya menjual daranya pada harga yang tinggi.
Tambah Giselle lagi, setiap wanita di dunia ini memiliki hak sama ada untuk menyerahkan dara mereka secara percuma kepada suami mereka, ataupun menjualnya kepada lelaki-lelaki kaya dengan harga yang tinggi.
“Saya telah membuat keputusan saya dan kini saya boleh menyambung pelajaran saya di luar negara, membeli hartanah dan melancong ke serata dunia. Transaksi ini membuka banyak peluang kepada saya.”
Di dalam sebuah kenyataan lain, Cinderella Escorts telah memberitahu bahawa pihak pengurusan mereka berasa berbangga kerana dapat membantu Giselle mengejar impiannya.
“Di dalam laman web kami, anda boleh menonton sendiri video-video yang telah dimuatnaik oleh gadis-gadis ini yang memberitahu sebab-sebab mengapa mereka mengambil keputusan untuk menjual dara mereka.”
“Gadis-gadis dari Australia, Europe, Afrika dan Amerika, serta Arab dan Asia masing-masingnya ‘berusaha’ untuk menjual dara mereka bagi mengejar impian dan cita-cita mereka.”
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments