ISTERI perdana menteri, Rosmah Mansur mengatakan beliau tidak tahu bilakah Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), tetapi tidak menolak kemungkinan ia diadakan sebelum Julai tahun depan.
“Saya tak tahu, tapi saya rasa mestilah sebelum Julai.
“Jadi Majlis Tertinggi (Umno) selalu bincang. Tiap-tiap bulan bermesyuarat bila PRU 14 akan diadakan,” katanya pada Majlis Tahunan Bersama Skuad Sayang, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Menurutnya lagi, Najib pernah bertanyakan pendapat beliau masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya, soalan yang diketepikannya kerana menurutnya, beliau bukanlah seseorang yang arif dalam bidang politik.
“Saya nampak muka-muka (Wanita Umno) sudah bersedia menghadapi pilihan raya. Jangan tanya saya bila sebab saya tidak tahu.
“Saya rasa Yang Amat Berhormat (Najib) pun tak tahu. Lepas itu dia tanya saya, when you think we should have (pilihan raya). Saya kata i don’t knowlah, i don’t know politik,” kata Rosmah.
Sebelum itu, Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil berkata Wanita Umno sentiasa berada di belakang Najib dan Rosmah.
Wanita Umno juga katanya sudah bersedia menjadi tulang belakang untuk memastikan kemenangan BN pada PRU14.
“Sokongan Wanita, tidak pernah luntur. Pada masa sama kita bukan hanya sokong PM (Najib Razak) tetapi sokongan pada Rosmah pun konsisten dari dulu kini selamanya.
“Semua wanita politik mesti menggalas tugas. Kita khidmat untuk rakyat bukan bermusim dan sentiasa konsisten.
“Dan ini akan bawa kepada kemenangan BN dan kita akan jadi tulang belakang kepada kemenangan BN,” kata Shahrizat lagi.
PRU14 perlu diadakan sebelum 24 Ogos 2018, The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan yang BN meramalkan menang 128 kerusi dan terus mempertahankan kuasanya.
Sumber: Sisgempak.com
Baca selanjutnya……………..
Mereka Yang Menjual Dan Membeli Kereta Sambung Bayar Akan Di Denda Rm30,000 Dan Penjara 3 Tahun!! [Zahid]
KUALA LUMPUR: Pemilik yang memajak kereta kepada pihak ketiga tanpa persetujuan bank boleh didenda atau dipenjarakan, kata menteri dalam negeri.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan memajak dan menyerahkan kereta kepada pihak ketiga untuk mendapatkan wang bagi membayar pinjaman, melanggar Akta Sewa Beli 1967
“Kes-kes sambung bayar dan juga pajakan kereta sebenarnya melanggar peruntukan Akta Sewa Beli yang mana ia di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan lisan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang memintanya menjelaskan skim penipuan sambung bayar kenderaan.
Jika pemilik asal didapati bersalah menjual kenderaan ketika perjanjian sewa beli masih berkuatkuasa, mereka boleh didenda sehingga RM30,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen 38 Akta Sewa Beli 1967.
Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri tahu mengenai kes sambung bayar dan pajakan kereta membabitkan pemilik tidak berkemampuan membayar ansuran bulanan kepada bank.
“Masalah berlaku apabila kereta yang dijual secara sambung bayar atau pajakan ini tidak dibayar sewa bulanan kepada bank, sekaligus menyebabkan penama kenderaan disenarai hitam.
“Kes-kes ini tidak boleh dikategorikan sebagai kes curi kereta kerana tidak memenuhi elemen kesalahan mencuri seperti dikatakan dalam Seksyen 378 Kanun Keseksaan.
“Namun, dalam siasatan dijalankan polis, jika terdapat unsur penipuan, polis akan siasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya
Sumber: FMT
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments