Wanita Dedah Pelakon Lari Dari Tanggungjawab Selepas Lahirkan Anak Luar Nikah (Video)
Kisah wanita ditinggalkan suami selepas melahirkan anak atau lelaki tidak mahu bertanggungjawab ni selalu sangat kita lihat dalam drama-drama di kaca televisyen. Namun tak sangka pula, ada di antara pelakon yang terbawa-bawa babak dalam drama tersebut hingga ke dunia nyata.
Seorang wanita misteri dikatakan telah mendedahkan kepada media bahawa dia kononnya hamil anak kepada seorang pelakon lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap darah daging sendiri.
Menurut mStar, wanita berusia awal 20-an itu kecewa dengan sikap pelakon tersebut yang cuba lari daripada tanggungjawabnya. Pun begitu, wanita tersebut khabarnya selamat melahirkan bayi mereka pada 3 Oktober lalu dan telah menguruskan pendaftaran bayi dengan baik.
Mengakui mereka pernah bercinta empat tahun lalu tetapi putus di tengah jalan, wanita itu mendakwa pelakon tersebut telah mengajaknya makan malam dan tidur bersama di Port Dickson selepas bertemu semula baru-baru ini melalui aplikasi Bigo.
Lelaki tersebut katanya menghilangkan diri selepas kejadian itu dan sedar-sedar wanita berkenaan sudah hamil tiga bulan! Terkejut dengan kehamilan tersebut, wanita berkenaan telah cuba menghubungi pelakon itu menggunakan pelbagai cara, tetapi dia tidak diendahkan olehnya malah diserang oleh teman wanita lelaki berkenaan pula. Ish, ish, ish!
“Saya memang taknak dah kahwin dengan dia. Saya tidak mahu memanjangkan cerita kepada orang lain, saya cuma mahu dia datang jumpa dan buat ujian DNA sama ada bayi ini anak dia atau bukan.”
Selain itu, wanita berkenaan juga mendakwa dia tidak berniat meminta pelakon tersebut berkahwin dengannya atau menjaga bayi mereka, sebaliknya dia hanya mahu lelaki itu membayar kos pemeriksaan kandungannya selama dia menerima rawatan di hotel swasta.
Bersyukur dengan penerimaan keluarganya, wanita itu merayu agar pelakon lelaki kegilaan ramai itu menghubunginya segera bagi menyelesaikan kes mereka dengan cara yang baik. Dia berjanji akan menjaga bayi tersebut dalam apa keadaan sekalipun.
Jika benarlah semua yang diceritakan, mohon pelakon lelaki yang terbabit segera menghubungi wanita ini untuk menyelesaikan masalah mereka secara baik. Kesian anak tu nanti tak tahu siapa ayah dia.
Sumber: mStar
3 Petanda Individu Yang Ketagih Menonton Video Lucah
Sebuah penyelidikan membuktikan bahawa video lucah boleh membuat lelaki dan wanita akan menjadi lemah di ranjang, selain dari mengarah kepada perbuatan jenazah seperti merogol.
Banyak doktor pakar mengingatkan kita tentang bahaya menonton video lucah, baik bahaya pada kesihatan mahupun mental.
Akan tetapi laman web video lucah semakin hari semakin banyak, itu maknanya peminat video lucah bertambah banyak setiap hari.
Untuk berkawan, terutama memilih suami, perkara ini sangat penting, untuk itu ketahui tanda-tanda orang yang sudah terlalu banyak menonton video lucah.
Kurang perhubungan dalam keluarga
Tanda pertama jika seorang itu gemar menonton video lucah,dia akan lebih suka menyendirikan diri, baik dalam rumah atau pun di tempat kerja.
Jika berada di tempat ramai atau lepak, dia akan merasa tidak selesa dan ingin bersendirian dan menikmati filem lucah, biasanya tanda ini kepada individu yang belum berkahwin.
Sukar menjalin cinta dengan orang lain
Kebanyakan lelaki dan wanita yang tidak ada keinginan untuk bercinta atau mencari kekasih adalah penagih video lucah sebab mereka hanya akan tertarik dengan artis video lucah.
Ini adalah tindakan pemenuhan nafsu peribadi yang dapat membuat seseorang sulit menerima dan memberi cinta yang sebenarnya pada orang lain.
Pekara ini juga akan membuat mereka selalu memikirkan sesuatu hal yang tidak masuk akal, seperti melihat, dan memikirkan lawan sejenis penuh dengan seks.
Pada yang sudah menikah, akan mencetuskan ketidak puasan seks dan akan lebih mengarah kepada perhubungan seperti kecurangan dengan wanita atau lelaki lain.
Mereka suami atau isteri yang ketagih menonton video lucah tidak akan merasa cukup dengan pasangan yang ada, mereka akan mencari orang lain semata-mata untuk merasakan benda baru.
Kurang minat dengan benda lain
Maksutnya disini seperti kurang minat bersukan, atau lepak bersama rakan-rakan, ini disebabkan otak mereka akan lebih tertarik dengan segala pekara-pekara yang berbau seks, seperti bercakap mengenai seks hal itu akan membuat mereka lebih gembira.
Selain itu tanda terakhir boleh dilihat dari pemakaian atau percakapan yang kurang sopan, seperti terlalu mendedahkan aurat dan tidak malu bercakap hal-hal yang lucah di depan ramai.
Sumber: gempak.org
Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2zXaho4
0 Comments