RASMI- Jawatan Kosong Terkini PDRM. Lihat Syaratnya Dan Tarikh
Jawatan kosong terkini PDRM November 2017, PDRM jawatan kosong November dan Disember 2017. Jawatan kosong terkini Inspektor PDRM November 2017, Jawatan kosong terkini Konstabel PDRM November 2017, Jawatan terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM) November 2017, Jawatan Kosong terkini PDRM Disember 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang memenuhi kretiria-kretiria untuk menghadiri ke Ujian Eksesais Pengambilan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepeti berikut:
1) INSPEKTOR (LELAKI / WANITA)
2) SARJAN (LELAKI/WANITA)
3) KONTABEL SOKONGAN (LELAKI / WANITA)
SILA BACA KETERANGAN PENTING DIBAWAH
Adalah dimaklumkan kepada sesiapa yang telah mendaftar SPA8i tahun 2015, 2016 hingga Februari 2017 namun tiada nama dalam sistem semakan online (SSO), boleh hadir dan sila bawa salinan SPA8i sebagai bukti ke tempat lokasi ujian fizikal yang tersebut.
Calon mestilah berumur sehingga 27 tahun sahaja.
Hanya calon-calon yang menepati kriteria tersebut di atas sahaja boleh menghadirkan diri pada masa 7.30 pagi dan alamat Ujian Eksesais adalah seperti dinyatakan di bawah.
PERINGATAN: Sila bawa dokumen-dokumen (PMR/SPM/sijil berhenti sekolah/Surat Beranak/Kad Pengenalann sendiri, ibu dan bapa) asal dan fotostat, gambar berukuran passport serta seluar pendek dan t’shirt.
SILA BACA SKIM PERKHIDMATAN BAGI KETIGA-TIGA JAWATAN DI BAWAH SEBELUM HADIR. TERUTAMA TINGGI, BERAT, BMI 19-26 DAN AKADEMIK.
Maklumat kelayakan jawatan (klik pada senarai jawatan dibawah untuk syarat kelayakan) :
1) INSPEKTOR (LELAKI / WANITA)
2) SARJAN (LELAKI / WANITA)
3) KONTABEL SOKONGAN (LELAKI / WANITA)
Maklumat tambahan untuk jawatan Inspektor:
SKROL ASAL DAN SALINAN KELULUSAN IJAZAH, TRANSKRIP, SURAT PENGIKTIRAFAN DARIPADA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ATAU MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA), SURAT PENGESAHAN TAMAT PENGAJIAN (BAGI CALON YANG BELUM KONVO).
Maklumat tambahan untuk jawatan Sarjan:
SKROL ASAL DAN SALINAN KELULUSAN DIPLOMA, TRANSKRIP, SURAT PENGIKTIRAFAN DARIPADA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ATAU MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA), SURAT PENGESAHAN TAMAT PENGAJIAN (BAGI CALON YANG BELUM KONVO).
Tempat dan tarikh ujian fizikal pecahan bagi calon-calon lelaki dan wanita adalah seperti berikut:
1. PASUKAN GERAKAN UDARA, IPOH PERAK (NO. TEL:
05-3137740) – KONTINJEN PERLIS, KEDAH , PULAU PINANG & PERAK
TARIKH – (16/11/2017 – KHAMIS) – (LELAKI)
TARIKH – (18/11/2017 – SABTU) – (WANITA)
TARIKH – (19/11/2017 – AHAD) – (WANITA)
TARIKH – (20/11/2017 – ISNIN) – (LELAKI)
TARIKH – (21/11/2017 – SELASA) – (LELAKI)
TARIKH – (22/11/2017 – RABU) – (WANITA)
TARIKH – (23/11/2017 – KHAMIS) – (WANITA)
2. IPD ALOR GAJAH, MELAKA (NO. TEL: 06-5562222) –
KONTINJEN K/LUMPUR, SELANGOR, N.SEMBILAN, MELAKA & JOHOR
TARIKH – (16/11/2017 – KHAMIS) – (WANITA)
TARIKH – (18/11/2017 – SABTU) – (WANITA)
TARIKH – (19/11/2017 – AHAD) – (LELAKI)
TARIKH – (20/11/2017 – ISNIN) – (LELAKI)
TARIKH – (21/11/2017 – SELASA) – (LELAKI)
TARIKH – (22/11/2017 – RABU) – (LELAKI)
TARIKH – (23/11/2017 – KHAMIS) – (WANITA)
TARIKH – (25/11/2017 – SABTU) – (WANITA)
3. BN 9 PASUKAN GERAKAN AM (PGA) K/BADAK,
KUALA TERENGGANU (NO. TEL: 09-6664288) –
KONTINJEN PAHANG, TERENGGANU & KELANTAN
TARIKH – (16/11/2017 – KHAMIS) – (WANITA)
TARIKH – (18/11/2017 – SABTU) – (WANITA)
TARIKH – (19/11/2017 – AHAD) – (LELAKI)
TARIKH – (20/11/2017 – ISNIN) – (LELAKI)
TARIKH – (21/11/2017 – SELASA) – (LELAKI)
TARIKH – (22/11/2017 – RABU) – (LELAKI)
TARIKH – (23/11/2017 – KHAMIS) – (WANITA)
TARIKH – (25/11/2017 – SABTU) – (WANITA)
4. IPK SABAH (NO. TEL: 088-450222)
TARIKH – (16/11/2017 – KHAMIS) – (LELAKI)
TARIKH – (18/11/2017 – SABTU) – (WANITA)
TARIKH – (19/11/2017 – AHAD) – (LELAKI)
TARIKH – (20/11/2017 – ISNIN) – (WANITA)
TARIKH – (21/11/2017 – SELASA) – (LELAKI)
TARIKH – (22/11/2017 – RABU) – (WANITA)
5. MARIN WILAYAH 4 SEMPORNA, SABAH
(NO. TEL: 089-782291)
TARIKH – (16/11/2017 – KHAMIS) – (LELAKI)
TARIKH – (18/11/2017 – SABTU) – (WANITA)
6. BN 11 PGA BATU KAWA, KUCHING, SARAWAK
TARIKH – (16/11/2017 – KHAMIS) – (LELAKI)
TARIKH – (18/11/2017 – SABTU) – (WANITA)
TARIKH – (19/11/2017 – AHAD) – (LELAKI)
TARIKH – (20/11/2017 – ISNIN) – (WANITA)
TARIKH – (21/11/2017 – SELASA) – (LELAKI)
TARIKH – (22/11/2017 – RABU) – (WANITA)
7. IBU PEJABAT POLIS DAERAH SIBU, SARAWAK
TARIKH – (16/11/2017 – KHAMIS) – (LELAKI)
TARIKH – (18/11/2017 – SABTU) – (WANITA)
Kepada calon-calon yang telah terlepas tarikh masih boleh hadir dengan membawa cetakan surat yang terlepas tarikh ke tempat ujian fizikal sekiranya tempat fizikal masih beroperasi.
sumber ejobskini
TV3 Pernah FITNAH TMJ Dulu Dengan Tun Mahathir? Netizen Hentam TV3 Teruk Waktu Itu .. Ini Kisah Sebenar Yang Terjadi!
Pada 23 Mac 2016, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), mengimbas kembali krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992
Baginda menyifatkan detik itu sebagai “detik hitam” apabila kuasa dan kekebalan raja-raja telah dilucutkan oleh Kerajaan Persekutuan. Saya tidak akan lupa krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan.
Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, Ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor.
Malah Bonda saya juga ditahan oleh kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari Singapura. Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci.
Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab.*
Walaubagaimanapun, keadaan telah pulih sekarang. “Pada hari ini, hubungan kerajaan dan Kerabat Diraja Johor berada di dalam keadaan baik. Saya menghargainya.”
Ini semua perkara lama. Allah Maha Besar dan hukum karma adalah suatu perkara yang indah. Pada hari ini, hubungan kerajaan dan Kerabat Diraja Johor berada di dalam keadaan baik. Saya menghargainya. Saya berharap ianya bukan hanya sekadar disebabkan kerana anda amat memerlukan kami.
Memang baik sekiranya anda sedar bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi pada pendapat saya pada masa ini, tumpuan harus diberikan untuk memperbetulkan kesilapan dan mencapai kemajuan dalam negara. Saya berharap agar sejarah hitam yang anda lakukan atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa tidak akan berlaku lagi.
Jangan manipulasi rakyat demi kepentingan diri sendiri kerana anda dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya berdoa agar kita boleh memberikan tumpuan untuk menjadikan negara kita ini tempat yang lebih baik pada masa akan datang, demi rakyat.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Kenyataan TMJ itu dilihat bersifat general dan tidak pula nampak seperti ditujukan kepada mana-mana individu.
Namun begitu, Buletin Utama TV3 pada hari yang sama tiba-tiba mengeluarkan headline sensasi yang mengaitkan Tun Mahathir.
Headline sensasi itu berbunyi, “Tunku Mahkota Johor sifatkan Tun Dr Mahathir sebagai gila kuasa, tamak haloba.”
Melihatkan perkara sebegitu berlaku, netizen di laman sosial bertindak menyerang Buletin TV3 dengan caci maki dan hamburan kata-kata kesat seperti ‘bangsat’, ‘penipu’, ‘penjilat’, dan macam-macam lagi
Dalam masa yang sama, Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md Arip turut bersependapat dengan orang ramai dengan berkata:
TV3 merupakan stesen tv yang paling bangsat pernah lahir dalam sejarah negara kita.”
Muhammad Zahid juga menggesa TV3 agar mengeluarkan kenyataan maaf kepada TMJ secara terbuka dan menyeru bangsa Johor untuk bangkit menegakkan keadilan.
Apabila ditanya mengenai isu tersebut, TMJ menjawab, “Ia ditujukan kepada sistem, bukan kepada Tun Mahathir atau sesiapa pun.”
Sila baca dengan teliti apa yang saya katakan. Komen-komen yang saya buat sebelum ini diarahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Saya memberikan komen-komen tersebut untuk memastikan dan mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar perkara itu tidak berlaku lagi tanpa mengira siapa pemimpin.
Ia tidak ditujukan kepada Tun Mahathir atau kepada sesiapa. Ia ditujukan kepada sistem. Saya tidak menyokong sesiapa yang korup. Saya juga ingin mengingatkan kepada para media agar tidak memutarbelitkan kata-kata saya atau mengambil kenyataan saya di luar konteks.
SUMBER : http://ift.tt/2iyyWbs via gedebak viral
Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2AVcxMa
0 Comments