Orang yang biasa guna laluan Gua Musang – Kuala Krai mesti pernah dengar cerita seram di kawasan tu kan? Lepas kejadian yang jadi kat aku, kawan aku google sebab nak tahu misteri jalan tu. Rupa-rupanya memang ramai yang dah terkena. Kali ni aku nak cerita pengalaman aku sendiri.
Aku dah selalu ke Kelantan sebab syarikat aku ada cawangan di Kota Bharu. Tapi itu lah kali pertama aku memandu sendiri ikut laluan Bentong – Raub – Lipis – Gua Musang – Kuala Krai – Machang – Kok Lanas – Kota Bharu.
Sebelum ni aku cuma naik flight atau ke cawangan kami di Kuantan dulu. Jadi aku akan ke Kelantan ikut Terengganu. Lalu sisir pantai.
Tapi sebab ada kerja urgent, aku kena terus gerak dari KL ke KB. Pembantu aku Azman ikut aku. Boleh gilir-gilir drive.
Kami gerak dari ofis KL lepas zohor. Mula-mula Azman yang drive. Sebab tak biasa dengan kawasan tu, Azman tak bawak laju pun. Campur dengan jam kat Bandar Raub, kami sampai Bandar Gua Musang dekat-dekat nak maghrib.
Singgah kejap kat R&R yang ada Shell tu. Lepas tu baru aku tau, yang tu R&R lama. Ada R&R baru kat Bandar Gua Musang, tempat bas berhenti.
Lepas maghrib kami sambung gerak. Kali ni aku yang drive. Azman cakap dia penat, nak tidur kejap. Aku ok jer sebab masa dia drive tadi pun aku tidur. Adil lah kan?
Aku pasang radio tapi frekunsi lari lak. So aku bukak mp3 je. Layan lagu Westlife. Aku tak pasti kat mana, tapi masa tu kiri kanan aku dah takder nampak satu biji rumah pun. Jalan gelap sangat-sangat Aku pasang high beam tapi memang tak berapa nak clear. Kabus tebal.
Aku risau sebab dah la tak biasa lalu situ, jalan tak rata, bengkak bengkok, turun naik bukit, line putih pun tak nampak, malam pulak tu. Kang tak pasal-pasal accident. So aku bawak slow-slow. Dua tiga kali aku check fog light. Nak make sure aku memang pasang. Confirm aku pasang. Fog light siap lampu high beam.
Jalan jadi sangat-sangat luas. Lebar. Depan aku cerah macam kena suluh dengan spot light tapi tak nampak apa-apa kecuali kabus. Macam duduk dalam kepulan awan. Belakang aku pulak gelap gelita. Hitam pekat.
Tiba-tiba aku rasa macam langgar something. Padahal aku tak nampak ada apa-apa pun depan aku. Tapi aku ingat pesan mak aku. Jangan tegur. Aku diam terus sambung drive. Aku kejut Azman. Aku cakap aku boring. Suruh dia teman borak.
Azman nak isap rokok tapi aku tak bagi. Aku cakap kabus tebal, kalau bukak tingkap nanti cermin mata aku berwap. Susah aku nak drive. Tunggu kawasan ok sket baru isap rokok. So kitorang borak-borak biasa je.
Tiba-tiba kereta aku kena langgar dari belakang. Tapi yang peliknya aku tak nampak lampu kat rear mirror aku. Azman toleh tapi tak nampak apa-apa. Dia suruh berhenti. Aku cakap tak payah. Dia suruh check kereta. Suruh tengok apa yang langgar. Ish… fade up pulak aku mamat ni. Aku suruh dia diam.
Depan sikit lagi, aku nampak macam ada binatang kat jalan. Macam lembu. Macam kerbau pun ada. Hitam. Besar. Aku bawak slow-slow. Aku tak berani nak mengelak sebab aku tak nampak sangat jalan. Aku cuma fikir, kalau betul binatang, aku berhenti, hon suruh dia blah.
Azman dah tak senang duduk. Dia suruh aku ketepi. Takut langgar. Aku jerit kat Azman.
“Kau boleh tolong diam tak? Membebel je macam mak nenek. Senyap sikit.” Terkulat-kulat dia kena marah dengan aku. Pelik kot sebab aku tiba-tiba naik angin. Aku tak pernah marah dia pasal kerja. Kalau dia buat silap pun aku tegur baik-baik. Tunjuk cara yang betul. Ni la first time aku marah dia.
Alhamdulillah, lepas tu aku start nampak lampu kiri kanan jalan. Dah nampak rumah. Kami dah sampai Bandar Kuala Krai. Aku berhenti kat stesen minyak kejap. Nak gi toilet. Azman pun turun cek kereta. Susah betul mamat kepoh ni.
Aku balik dari toilet, Azman cakap kereta ok. Depan belakang pun ok. Sikit kemik pun takder. Siap cakap lagi, untung aku pakai kereta mahal. Tahan lasak. Aku jeling je dia.
Sampai je hotel kat KB, lepas check in, aku cerita balik apa jadi kat Azman. Rasa serba salah sebab aku marah dia tadi.
Azman terus google nak check kot-kot ada cerita macam tu jugak. Sumpah weh. Dah ramai yang kena. Siap nampak lembaga lagi. Ada yang kereta tiba-tiba jadi berat. Ada yang mengelak “benda” tengah jalan sampai accident. Alhamdulillah, nasib aku lebih baik dari nasib orang-orang lain yang kena kacau tu. Especially kat kawasan Felda. Tak pasti apa nama. Tapi kalau tak silap Felda Ciku.
Bukan nak kata apa la, tapi kebanyakan kemalangan teruk yang meragut nyawa, memang jadi kat laluan tu berbanding laluan lain kat Kelantan.
Lepas tu aku akan make sure kalau terpaksa lalu kawasan tu, aku akan lalu siang hari. Sebelum maghrib aku dah nak sampai Bandar Kuala Krai.

sumber:jomgosip.net
Baca Selanjutnya………………
‘DUIT TINGGAL RM50, TAPI ISTERI AJAK MAKAN SIAKAP DAN AKU IKUTKAN JE’ – APA YANG TERJADI SELEPAS ITU BUAT LELAKI INI PERCAYA ISTERINYA PEMBAWA REZEKI
Tak rugi menunaikan kemahuan isteri asalkan apa yang dipinta itu tidak keterlaluan. Balasannya, rezeki yang mencurah-curah buat suami dan keluarga. Rezeki bukan dalam bentuk wang sahaja, malah dalam bentuk yang lain seperti kesihatan dan sebagainya.
Seperti yang diceritakan oleh Jimmy Johari. Di kala perniagaannya ‘down’, isterinya ajak makan di sana sini (isteri beliau kuat makan). Diikutkan juga kehendak isteri tanpa menolak kerana tidak mahu melihat isterinya bermasam muka. Balasannya? Alhamdulillah. Semoga bermanfaat kepada semua.
KAU pernah dengar tak yang isteri itu pembawa rezeki? Pernah rasa tak? Memanglah tak pernah kalau kau belum kahwin lagi. Kahwin dulu, baru kau tahu.
Bini aku ni kaki makan. Asal nampak saja benda baru, semua nak beli, nak cuba. Padahal benda itu kadang-kadang tak sedap mana pun. Tetapi disebabkan dah dia tekak biawak, aku ikutkan saja. Sampai kadang-kadang aku rasa bini aku ni tak reti nak berjimat ke?
Aku pernah rasa macam nak marah je bini aku.
“Sudah-sudahlah tu nak makan itu makan ini”
Tapi aku tak sampai hati dan aku ikutkan juga.
Aku pernah dalam dompet ada RM50 saja. Sales tengah down, duit pun cukup-cukup nak restock barang. Masa itu jugalah bini aku ajak makan di kedai mamat Thailand, nak makan siakap.
Aku dah termenung dah. Dalam dompet ada RM50 saja. Tetapi aku tak sampai hati nak cakap tak boleh, jadi aku ikutkan saja. Habis burn RM48 untuk makan. Tapi selepas habis saja makan, kau tahu apa yang terjadi?
WhatsApp aku berdesup-desup masuk send detail payment. Alhamdulillah, boleh senang hati dah. Masa itu aku tak perasan lagi.
Pernah satu hari, WhatsApp masuk bersepah-sepah. Aku dah closing habis baik dah. Tetapi macam biasa, selepas bagi harga, semua krik-krik. Menung kejap aku. Sehari tak ada sales. Padahal WhatsApp masuk bersepah-sepah.
Kemudian malam itu isteri aku cakap dia mengidam nak makan di Tapak, tempat foodtruck yang banyak-banyak tu. Masa itu aku berada di Shah Alam, aku dengan mood yang tengah down ini pun ikutkan jugalah. Asalkan bini aku seronok dan tak tarik muka.
Dalam perjalanan nak ke sana, magik berlaku lagi. WhatsApp customer yang krik-krik siang tadi terus WhatsApp minta detail nak buat pembayaran. Aku masih tak perasan lagi pada waktu ini. Aku buat seperti biasa. Tetapi memang betul dalam satu malam itu memang semua nak buat payment. Memang minggu itu dua kali aku restock.
Sampai satu hari, baru aku terbaca di wall, ada orang post,
“Isteri pembawa rezeki suami”
Selepas aku baca, barulah aku hadam apa yang terjadi selama ini.
“Abang hati tisu, rasa sebak plaq” hahaha!
Kau tak percaya kau cubalah buat. Kau cuba tak bergaduh dengan bini kau, kau cuba iye kan saja apa yang bini kau nak asalkan apa yang dia nak itu kau rasa masih waras di fikiran kau. Hahaha!
Okay, dah. Aku nak keluar. Dan dan bini lapar nak makan nasi goreng ayam. Okbai.
Sumber: Jimmy Johari
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments