Usia perkahwinan yang lama tidak bermakna pasangan suami isteri itu saling bersikap terbuka dan memahami antara satu sama lain. Selalunya, kebanyakkan suami tidak akan menyuarakan keinginan mereka pada isteri.
Selalu kita nampak pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin, si isteri yang akan banyak bercakap dan suami pula hanya pilih untuk berdiam diri dan bercakap perkara yang penting sahaja. Tahukah kamu para isteri, suami juga mempunyai perasaan. Mereka selalu berharap agar si isteri sendiri mengetahui apa keinginan mereka.
Nak tahu apakah keinginan para suami yang tidak pernah mereka ungkapkan, jom baca ni;
Harap ucapan ‘I Love You’ dari isteri setiap hari
para suami selalunya akan merindui saat-saat awal perkahwinannya dahulu, saling bertukar cerita, bertanya khabar, berjalan berpegangan tangan dan bermesra antara satu sama lain. Jauh didalam hati suami sentiasa mengharap agar isterinya memberi ucapan ‘I Love You’ pada setiap hari. Tahukah anda 3 perkataan ini mampu mencipta keajaiban tau. Tak percaya cuba lah.
Selain Anak-Anak, Suami Juga Mahukan Perhatian Dari Isteri
Anak adalah prioriti utama bagi semua perempuan yang bergelar isteri, namun seorang suami akan merasa sangat diabaikan dan berharap isterinya memberi lebih perhatian terhadap dirinya. Hal ini sangat sukar untuk diluahkan oleh para suami, mereka hanya berharap isteri lebih tahu untuk membahagikan masa.
Lelaki Diam Bukan Sebab Menyimpan Rahsia
Kadang-kadang suami juga perlukan masa untuk bersendirian, selalunya apabila lelaki berdiam diri mereka sedang ligat berfikir. Jika pada masa ini si isteri datang meminta sesuatu dan suami pula tidak menjawab hanya mendiamkan diri. Saat ini suami bukan nya marah dan sedang menyimpan rahsia, mereka cuma perlukan sedikit ruang untuk merancang urusan kewangan keluarga.
Bimbang Dengan Prestasi Seks
Bila sebut dengan ketidak selesaan dan obsesi seseorang lelaki, para suami selalunya akan merasa bimbang dengan prestasi mereka diranjang. Suami selalunya tidak akan menyatakan hal ini, tetapi gagal memuaskan isteri adalah ketakutan terbesar bagi seorang lelaki bernama suami.
Ingin Dipuji
Suami akan berasa gembira jika segala usaha yang dia lakukan untuk membahagiakan keluarga dipuji isteri. Ucapan terima kasih dan senyuman dari isteri mampu membuatkan hari si suami begitu ceria.
Ingin Isteri Lebih Aktif Di Ranjang
Kadang-kadang suami juga mahukan belaian terlebih dahulu daripada isteri sebelum ‘bersama’, para suami akan lebih merasa ghairah jika isteri yang mendominasi. Kerana mereka merasakan seperti dingini dan dihargai. Selalunya suami tidak akan meminta isterinya melakukan seperti itu kerana takut permintaannya seakan memaksa si isteri.
Tak Mahu Terlibat Apabila Isteri Bertengkar Dengan Ibunya
Semua lelaki akan merasa susah dan sukar jika isterinya sering bertengkar dengan ibu mereka. Sebolehnya mereka tidak mahu terlibat sama kerana saat itu mereka terpaksa memilih untuk memenangi pihak yang mana. Para suami akan memilih untuk tidak mengambil peduli jika kedua-duanya bertengkar.
Ini sahaja yang dapat kami kongsikan. Semoga para isteri diluar sana sedar yang suami juga perlukan perhatian walaupun sibuk seharian bekerja. Cukup dengan senang kan hati suami supaya fikirannya tidak runsing, pastikan harinya sentiasa ceria dan gembira ya! – utaranews.com
_________________________________________
SETIAP MINGGU KELUAR DENGAN BF SEHINGGA HAMIL, BAPA MENANGIS BERMINGGU APABILA DAPAT TAHU
Walaupun dididik dengan penuh tertib dan disiplin semenjak dari kecil, itu tidak menjamin seorang anak terhindar daripada perbuatan keji seperti zina. Apabila sudah menjejak kaki ke alam universiti, anak-anak terdedah kepada pelbagai budaya baru yang sebelum ini tidak pernah mereka kenal. Orang kata ‘culture shock’.
Pengusaha Baitus Solehah kongsi cerita salah seorang pelatih terlanjur sehingga mengandungkan anak teman lelaki. Si lelaki tidak mahu bertanggungjawab, tidak mengaku anak itu dari benihnya. Si bapa pula menangis berminggu mengenangkan kesilapan diri. Sebak.
‘Betul ke tu anak saya?’
(Sekadar gambar hiasan)
Kisah Benar : Penyesalan Tak Sudah
Saya terjebak dengan zina sewaktu berada di IPT. Setiap minggu saya keluar bersama teman lelaki. Kehidupan di bandar membuat saya bebas. Kejutan budaya membuatkan saya lupa mengerjakan solat. Saya lupa segala pesanan emak ayah. Saya seronok hidup bebas tanpa siapa yang ambik peduli apa yang saya buat.
Hubungan yang intim telah menjebak saya melanggar larangan Allah. Saya rasa bahagia. Rupanya bahagia palsu. Saya tertipu. Apabila saya disahkan mengandung, saya bagitahu teman lelaki. Apa dia cakap?
” betul ke itu anak saya?”
Betapa hancurnya hati apabila teman lelaki meragui kesetiaan saya. Seseolah dia mahu menyatakan bukan dia seorang yang meniduri saya. Seseolah saya bertukar pasangan. Seseolah saya berzina dengan ramai orang. Sangat kecewa. Dan saya membuat keputusan, walaupun dirayu suatu hari nanti, dia tak layak menjadi suami. Saya tidak sudi lagi bernikah dengan orang yang telah meragui kesetiaan saya.
Ayah menangis berminggu-minggu
(Sekadar gambar hiasan)
Menyesal tidak kesudahan membuat emak dan ayah kecewa. Terlukanya hati mereka atas perbuatan saya. Ayah menangis berminggu minggu apabila membaca surat yang saya tinggalkan selepas keluar dari rumah tempohari. Saya datang sendiri ke Baitus Solehah. Naik bas, turun bas membawa sedikit pakaian. Alhamdulillah, masih ada tempat yang sudi menerima saya untuk berlindung. Niat saya satu saja datang ke Baitus Solehah, untuk dibimbing bertaubat. Saya mahu berubah. Saya anak sulung dari 3 adik beradik. Saya anak yang cerdik sehingga dapat menjejak kaki ke universiti. Saya berjaya menamatkan penggajian sarjana muda.
Emak dan ayah menaruh harapan saya menjadi contoh kepada adik adik. Diharap dapat membantu keluarga. Kami bukan keluarga berada. Bapa cuma bekerja kilang dan memiliki sebuah motorsikal digunakan untuk berulang rumah ke tempat kerja. Emak cuma bekerja sebagai pembantu dapur di kantin sekolah. Saya telah memusnahkan kepercayaan emak ayah.
Saya telah selamat melahirkan anak secara pembedahan . Anak saya perempuan. Sejak mengandung hingga anak saya berumur 2 tahun, saya tidak diizinkan pulang ke rumah. Jika mahu pulang, tak boleh bawa anak.
Habis tu kemana saya nak letak anak saya. Anak yang lahir dari rahim saya. Saya lahirkan dia kedunia dengan status anak tak sah taraf, kemudian mudah saya lemparkan status untuk ditanggung oleh anak sendirian bersama keluarga angkat.
Begitu mudahkah saya melepaskan beban atas kesilapan saya?
Suatu hari nanti, anak saya akan tanya, siapakah bapanya? Apa saya nak jawap? Suatu hari nanti anak saya akan bersekolah. Mesti kawan kawan akan tanya, mana bapanya? Kenapa tak pernah nampak bapa jemput pulang dari sekolah. Suatu hari nanti anak saya akan bernikah, Menggunakan wali hakim. Mesti anak akan tanya kenapa wali hakim? Oh…kasihan anak saya, dia yang terpaksa menaggung segala beban emosi ini.
Pengakuan kisah benar seorang pelatih Baitus Solehah. Semoga menjadi teladan kepada semua untuk dijadikan iktibar.
Yang mencatat kisah benar,
Mak Liza
#BaitusSolehah
#KisahBenarPelatihBaitusSolehah
sumber : Baitus Solehah
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments